The idea of "free" media

Benda paling imaginary yang wujud dalam minda kita adalah ketelusan media. Macamana orang pembangkang nak tuduh media Malaysia biased sedangkan media pembangkang juga biased? Mungkin dari satu sudut, kita boleh kata pembangkang cuma ikut apa yang kerajaan buat.

Well, kalau kau nak bermimpi untuk memimpin, kau kena ada satu idea yang kau sanggup perjuangkan, tak kisah apa orang kata. Tunjuk diri sebenar. Pemimpin tak perlu mengikut.

Keduanya, media berhaluan kiri yang bertemakan "berani kerana benar", "menuju berita yang benar", "tiada yang benar melainkan benar" pun biased. Tak kisah apa perjuangan dia sekalipun. Selagi mana dia cuma menyebarkan satu pihak, maka ketelusan tu tak pernah wujud.

This is Malaysia. Sebuah negara di mana pemimpin kerajaan menuduh media internet biased kepada pembangkang, sedangkan media kerajaan buat benda yang sama. Dan pada masa sama media pembangkang tampil kononnya memberi laporan jelas, sedangkan turut biased kepada pembangkang semata.

Setakat ni, gua salut Malaysian Insider dengan Sinar Harian. Setakat ni.

Leave a Reply